translator English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese SimplifiedTtranslator
wong284

ethtrade

| home | | about us | | contact us | | PESANAN |
" Selamat datang ke IKLAN FREE STAYTUNE ONLINE Di sini anda boleh iklankan produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan PERCUMA dan mula mengiklan PERCUMA sekarang. Jangan tunggu lagi! Letak iklan PERCUMA anda sekarang!!http://tiphamil2u.blogspot.com/!!http://www.wix.com/biodexkajangstore/mazli"
" Selamat datang ke IKLAN FREE STAYTUNE ONLINE Di sini anda boleh iklankan produk dan perkhidmatan yang anda ada dengan PERCUMA dan mula mengiklan PERCUMA sekarang. Jangan tunggu lagi! Letak iklan PERCUMA anda sekarang!!http://tiphamil2u.blogspot.com/!!http://www.wix.com/biodexkajangstore/mazli"

saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in...saya mahu FREE BTC freebitco.in

Ahad, 23 November 2014

"Tahukah Anda Hanya Dengan Memperkenalkan SIMKAD Tunetalk- Toneexcel Anda Mampu Menjana Pendapatan Hingga Ribuan Ringgit Malahan Puluhan Ribu Ringgit Setiap Bulan?"

"Tahukah Anda Hanya Dengan Memperkenalkan SIMKAD Tunetalk- Toneexcel Anda Mampu Menjana Pendapatan Hingga Ribuan Ringgit Malahan Puluhan Ribu Ringgit Setiap Bulan?"

Prepaid TuneTalk adalah sama dengan prepaid dari company yang lain. Terdapat beberapa kelebihan jika anda menggunakan prepaid TuneTalk.
1. Jika anda menggunakan prepaid TuneTalk, anda boleh mengekalkan nombor prepaid lama anda samada 012, 019, 017, 013, 014 dll, tanpa perlu menukar ke nombor yang lain, atau anda boleh menggunakan nombor baru yang bermula dengan 0105********.
2. Julung-julung kali di Malaysia, jika anda menggunakan prepaid TuneTalk, anda akan dilindungi dengan insuran kemalangan pribadi yang di keluarkan oleh Etiqa Maybank sebanyak RM100,000. Bayangkan hanya dengan menggunakan prepaid tunetalk tak pasal-pasal anda dapat perlindungan insurance.(Insuran ini hanya aktif jika anda memakai tunetalk prepaid ini selama dua bulan dan minima jumlah topup setiap bulan adalah RM30)

*Yang paling besar, TuneTalk-ToneExcel mempunyai PROGRAM AFFILIATE (Yahoooooooo!!) – dimana kita boleh menjadi broker mereka secara online atau offline, menjana pendapatan melalui komisyen yang mereka berikan sekiranya kita mengembangkan perniagaan prepaid TuneTalk ini. Ini merupakan peluang terbesar untuk kita berkembang bersama-sama mereka dan mendapat sedikit keuntungan daripada program mereka ini.

untuk keterangan lanjut seach at>>

Rabu, 3 Julai 2013

MEMILIH PEKERJAAN

KERJAYA

 LAZIM remaja mempunyai kerjaya idaman. Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut hendak menjadi doktor, penyanyi atau pelakon.Teori Holland, manusia dikategorikan kepada enam kelompok berlainan yang berasaskan jenis personaliti iaitu: realistik (realistic) penyelidikan (investigative) artistik (artistic) sosial (social) keusahawanan (enterprising) konvensional (conventional) Wartawan katanya termasuk dalam kategori sosial, iaitu golongan yang berminat kepada manusia dan suka bertemu orang tanpa mengira kelas. Sementara kerjaya guru, yang lazimnya diminati kaum wanita sangat bersesuaian dengan fitrah mereka yang lemah-lembut, keibuan dan bersikap memujuk. Beliau juga menjelaskan, ramai orang yang mempunyai lebih daripada satu minat. Umpamanya ada orang yang berminat dalam bidang sosial, apabila sampai satu peringkat menunjukkan perubahan kecenderungan kepada keusahawanan. "Asalnya dia suka kepada manusia, kemudian minatnya beralih kepada wang dan kuasa. Dengan kemahiran sosial yang sedia dimilikinya, dia pandai berinteraksi dengan manusia tetapi pada masa yang sama, bijak memanipulasi,'' jelasnya. Perubahan kecenderungan tersebut, ujarnya lagi, menyebabkan berlakunya 'penghijrahan' dalam kerjaya. Justeru katanya, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila guru yang sudah 20 tahun mengajar, tiba-tiba berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan. "Memang mulanya minat itu kekal. Tetapi ia boleh berubah, mungkin kerana faktor pulangan ekonomi, suasana tempat kerja dan motivasi kerja,'' ujarnya. Kaum wanita katanya, lebih mudah berubah kerjaya selepas berumahtangga. Seorang akauntan wanita umpamanya, merasakan kerjaya tersebut tidak sesuai lagi selepas mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Oleh itu, dia akan mencari kerjaya lain yang lebih sesuai dengan status dirinya seperti menjadi guru. Hushim berkata, kaum lelaki biasanya lebih senang mengekalkan kerjaya kerana tidak banyak mengalami 'gangguan'. Beliau turut menyarankan supaya remaja menyemai cita-cita selepas tingkatan tiga iaitu selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Sambungnya, ini kerana selepas PMR, pelajar akan menjurusi bidang tertentu seperti sains tulen, sastera atau perdagangan berdasarkan pencapaian akademik dan minat mereka. Justeru inilah masa yang sesuai untuk memupuk minat, katanya. Beliau turut menggalakkan ibu bapa supaya mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak. Antara yang harus ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji yang diterima. Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari hakikat sebenar. Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional. Tetapi selepas melewati usia tersebut, mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman. Beliau berpendapat remaja kini yang cenderung menggemari kerjaya glamor seperti penyanyi dan pelakon, kerana dipengaruhi media massa. Apatah lagi dengan banyaknya anugerah yang diberikan kepada golongan artis ditambah liputan meluas media, ia lebih merangsang remaja supaya terpengaruh. "Sayangnya, tak ada pula anugerah untuk kerjaya imam umpamanya. Mengapa ia tidak diketengahkan, sedangkan jika berlaku kematian, imam orang pertama yang dicari,'' tegasnya. Katanya ada 25 000 kerjaya di dunia, tetapi hanya sedikit yang diketengahkan oleh media. Beliau berkata, perancangan sangat penting untuk mencapai kerjaya idaman. Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang, ujarnya. Memahami Jenis-Jenis Kerjaya Secara umum, kerjaya boleh dibahagikan sekurang-kurangnya kepada lapan bidang utama:
1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah 2. Bidang penulisan dan komunikasi 3. Bidang saintifik/perubatan 4. Bidang perkeranian dan pentadbiran 5. Bidang seni reka dan kreatif 6. Bidang teknikal 7. Bidang keusahawanan 8. Bidang perkhidmatan Bidang kerja dan contoh-contoh jawatan: 1. Kewangan/Perniagaan (Berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai) Pentadbiran dan pengurus bank Perancang dan pengurus kewangan Pengurus dan agen insurans Eksekutif jualan dan pemasaran Pengurus pengiklanan Eksekutif akaun Akauntan/juruaudit Aktuari Pegawai bank Pemerosesan data Penganalisis data dan lain-lain
2. Penulisan dan Komunikasi (Bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni) Wartawan Editor Jurubahasa Penterjemah Penerbit rancangan radio/televisyen Pengacara radio/televisyen Penulis skrip Perunding komunikasi dan lain-lain
3. Perubatan/Sains (Bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat) Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar) Doktor haiwan Jururawat Pembantu makmal/pembantu perubatan Juru radiologi Ahli farmasi Juru terapi Saintis Ahli biologi/kimia Pakar nuklear Ahli geologi/geofizik dan lain-lain
4. Perkeranian dan Pentadbiran (Bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat) Pengurus perjawatan Pegawai sumber manusia Pegawai tadbir Pembantu undang-undang Kerani Setiausaha dan lain-lain
5. Seni Reka dan Kreativiti (Bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif) Pelukis Pelukis grafik/batik Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya Pereka bentuk dalaman Jurugambar Juru solek dan lain-lain
6. Teknikal (Berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain) Arkitek Perancang Bandar dan Wilayah Juruteknik Juruukur Mekanik Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain) Pakar runding ( Dan lain-lain )
7. Keusahawanan (Bagi yang yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan) Perniagaan runcit Perusahaan Kilang Pemborong Kontraktor Pengusaha hotel Perusahaan bengkel Perusahaan butik dan lain-lain 8. Perkhidmatan (Bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai) pensyarah/guru Pustakawan Pegawai Perhubungan Awam Peguam/pendakwaraya/hakim Polis/askar Pemandu pelancong Kaunselor Pramugari/pramugara Tukang masak profesional dan lain-lain

Selasa, 1 Januari 2013

MALAYSIA BERADA DILANDASAN WAWASAN 2020

Wawasan 2020

- SATU KONSEP YANG TELAH DIBENTANGKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DI MESYUARAT MAJLIS PERDAGANGAN MALAYSIA PADA 28 FEBRUARI 1991. - BELIAU MENEGASKAN BAHAWA MATLAMAT PEMBANGUNAN NEGARA IALAH MENJADIKAN MALAYSIA “.. SEBAGAI SEBUAH NEGARA INDUSTRI” DAN “... PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA MALAYSIA YANG BENAR-BENAR MAJU MENJELANG TAHUN 2020 ... MENURUT ACUAN KITA SENDIRI ...”. - KEMAJUAN YANG DIMAKSUDKAN MELIPUTI ASPEK EKONOMI, POLITIK, SOSIAL, KEROHANIAN DAN SEKTOR KEBUDAYAAN.

APA ITU WAWASAN?

SATU WAWASAN (VISION) STRATEGIK JANGKA PANJANG SEBAGAI PANDUAN ARAH DASAR YANG LUAS MELIPUTI PELBAGAI ASPEK BERKAITAN PEMBANGUNAN NEGARA DALAM HUBUNGAN DENGAN PERKEMBANGAN EKONOMI DUNIA KESELURUHANNYA • MEMBERI PANDUAN ARAH TUJUAN. • MEMBERI PANDUAN SASARAN NEGARA (TAHAP NEGARA MAJU SEPENUHNYA). • JANGKA MASA (30 TAHUN). MENGAPA PERLUNYA SATU ‘VISION’?

1.MEMBERI ‘NATIONAL FOCUS’

•Wawasan yang jelas dan diterima umum berupaya memastikan bergerak ke hadapan dengan tumpuan yang lebih jelas, yakin dan serentak •Contoh: Presiden Kennedy menyatakan dalam masa 10 tahun Amerika Syarikat akan berjaya sampai ke bulan. Setiap anggota NASA dengan sokongan kerajaan dan rakyat bersungguh-sungguh mencapai wawasan yang ditetapkan.

2.MENDAPATKAN KONSENSUS NASIONAL •Penduduk berbilang kaum dan geografinya berasingan antara wilayah. •Pandangan yang berbezadan perselisihan mengenai masa depan negara

3.SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK •Menjadi satu panduan utama setiap rakyat membawa negara kepada satu tahap lebih maju di masa hadapan. •Setiap rakyat ‘setuju-terima’ mempersetujui arah dan matlamat yang sama.

4.MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN BAGI AGENDA PEMBANGUNAN NASIONAL •Satu pandangan jauh ke hadapan. •Wawasan merupakan garis panduan utama bagi: i)Menetapkan arah tujuan; ii)Menetapkan matlamat. iii)Menetapkan strategi; iv)Menetapkan jangka masa; v)Menetapkan pencapaian.

MENGAPA TAHUN 2020 ?

•PEMBANGUNAN SATU GENERASI DALAM ERA TANPA SEMPADAN DAN PERSAINGAN YANG PESAT (30 tahun)
•SATU ERA PEMISAH PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DUNIA (Berjaya/ tidak dalam pembangunan perindustrian).
•BERSAMA DALAM ‘MEGATREND’ (Ditentukan oleh pembangunan sains, teknologi dan komunikasi)
•JANGKA MASA YANG MUNASABAH DAN PRAKTIKAL (Berasaskan kemajuan dan pembangunan yang telah dicapai).
CABARAN PERTAMA
•MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERSATU YANG MEMPUNYAI MATLAMAT YANG DIKONGSI BERSAMA. IAITU SEBUAH NEGARA YANG AMAN, BERINTEGRASI DI PERINGKAT WILAYAH DAN KAUM, HIDUP DALAM HARMONI, BEKERJASAMA SEPENUHNYA, SECARA ADIL DAN DIDOKONG OLEH SATU BANGSA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI KESETIAAN POLITIK DAN DEDIKASI KEPADA NEGARA.
CABARAN KEDUA
•MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA YANG BERJIWA BEBAS, TENTERAM DAN MAJU DENGAN KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI, BANGGA DENGAN APA YANG ADA, DENGAN APA YANG DICAPAI, GAGAH MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH. MASYARAKAT MALAYSIA YANG MUDAH DIKENALI DARI SIKAP INGIN MENCAPAI KECEMERLANGAN, SEDAR SEMULA KEMAMPUANNYA, TIDAK MENGALAH KEPADA SESIAPA DAN DIHORMATI OLEH RAKYAT NEGARA LAIN.
CABARAN KETIGA
•MEWUJUD DAN MEMBANGUNKAN MASYARAKAT DEMOKRATIK DAN MENGAMALKAN SATU BENTUK PERSEFAHAMAN MATANG IAITU DEMOKRASI MALAYSIA YANG BOLEH MENJADI CONTOH KEPADA BANYAK NEGARA MEMBANGUN.
CABARAN KEEMPAT
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA, KUKUH DALAM NILAI AGAMA DAN KEJIWAAN DAN DIDORONG OLEH TAHAP ETIKA YANG TINGGI.
CABARAN KELIMA
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG LIBERAL DAN BERTOLAK ANSUR, DI MANA MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA BEBAS MENGAMALKAN ADAT, KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN AGAMA MEREKA DAN PADA MASA YANG SAMA MELETAKKAN KESETIAAN MEREKA PADA SATU NEGARA.
CABARAN KEENAM
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT SAINTIFIK DAN PROGRESIF, MASYARAKAT YANG MEMPUNYAI DAYA PERUBAHAN TINGGI DAN MEMANDANG KE HADAPAN YANG BUKAN SAHAJA MENJADI PENGGUNA TEKNOLOGI TETAPI JUGA PENYUMBANG KEPADA TAMADUN SAINTIFIK DAN TEKNOLOGI MASA DEPAN.
CABARAN KETUJUH
•MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG DAN BUDAYA MENYAYANGI, IAITU SATU SISTEM SOSIAL YANG MANA KEPENTINGAN MASYARAKAT ADALAH LEBIH UTAMA DARIPADA DIRI SENDIRI, YANG MANA KEBAJIKAN INSAN TIDAK AKAN BERKISAR KEPADA ORANG PERSEORANGAN TETAPI DISEKELILING SISTEM KELUARGA YANG KUKUH.
CABARAN KELAPAN
•MEMASTIKAN MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BIDANG EKONOMI. IAITU MASYARAKAT YANG MELAKSANAKAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA SECARA ADIL DAN SAKSAMA, YANG MANA WUJUD PERKONGSIAN SEPENUHNYA BAGI SETIAP RAKYAT DALAM PERKEMBANGAN EKONOMI. MASYARAKAT SEDEMIKIAN TIDAK AKAN WUJUD JIKA MASIH ADA PENGENALAN KAUM BERDASARKAN FUNGSI EKONOMI DAN KEMUNDURAN EKONOMI BERDASARKAN KAUM.
CABARAN KESEMBILAN
•MEMUJUDKAN MASYARAKAT MAKMUR YANG MEMPUNYAI EKONOMI YANG BOLEH BERSAING, DINAMIK, GIAT DAN BERDAYA TAHAN.

Sukar untuk membezakan cabaran ekonomi dan bukan ekonomi. Dari sembilan cabaran jelas cabaran yang lebih besar ialah cabaran bukan ekonomi. Cabaran yang lebih ketara adalah cabaran politik, sosial, psikologi dan budaya.
KE ARAH PENCAPAIAN WAWASAN 2020
•Malaysia perlu membentuk ekonominya yang berdaya saing supaya mampu mengekalkan keupayaan jangka panjang serta bersifat dinamik, teguh, berdaya tahan dan berdaya maju. •Petunjuk utama: KDNK perlu dipertingkatkan dari RM115 billion (1990) kepada RM920 billion (2020) –8 kali ganda. Peningkatan pendapatan perkapita sebanyak 4 kali ganda. Pertumbuhan ekonomi7 %. •RRJP2 (1991-2000) & DPN dan RM6 (1991-1995) digubal untuk mencapai Wawasan 2020. •DPN menyenaraikan aspek kritikal seperti berikut:
a.Mewujudkan keseimbangan yang optimum diantara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan saksama.
b.Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.
c.Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk mengalakkan perkongsiann secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat malaysia
d.Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar bandar.
e.Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara.
f.Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semua masyarakat.
g.Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.
h.Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. DPN juga mengariskan penerusan usaha ke arah pencapaian DEB iaitu mempercepatkan proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan sosial dan ekonomi. Penumpuan yang digariskan oleh DPN:
a.Mengalihkan tumpuan kepada strategi pembasmian kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif.
b.Menumpukan kepada pewujudan gunatenaga dan pembangunan pesat sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang aktif.
c.Meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas untuk sektor tersebut berkembang.
d.Menumpukan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting bagi mencapai matlamat pertumbuhan dan pengagihan saksama.
PENCAPAIAN LAIN LAIN-LAIN CABARAN
-Cabaran Ekonomi - jelas dan kurang sukar untuk dicapai.
-Cabaran lain seperti cabaran membentuk sebuah negara yang bersatu, pembentukan satu Bangsa Malaysia, kesetian politik dan negara memerlukan penghuraian lebih terperinci dan matang.
-Bangsa Malaysia - Bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi.
-Penduduknya mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai kecemerlangan.
-Pencapaian matlamat memerlukan tindakan dan komitmen dari berbagai dimensi dan peringkat.

APAKAH PERANAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA DALAM MENCAPAI WAWASAN 2020

i.Dalam usaha untuk mencapai Wawasan 2020, Kerajaan telah menggariskan beberapa ciri perkhidmatan awam di masa hadapan, antaranya penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan dan automasi pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota perkhidmatan awam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat dipertingkatkan.

ii.Anggota-anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan, sepert iilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.
iii.Setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai anggapan bahawa keupayaan dan kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk mencari silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Apa yang diperlukan ialah keyakinan diri bahawa kita juga boleh melakukannya, malah dengan lebih baik lagi. Kalau takut mengambil risiko, kemajuan tidak akan tercapai.

APAKAH CADANGAN CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENANGANI CABARAN WAWASAN 2020

(a)Penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian mereka sendiri, selain daripada pencapaian negara.
(b)Mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan menerima paradigma yang baru.
(c)Pennjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kecekapan sesuai dengan paradigma baru ini serta penuh yakin bahawa mereka mempunyai kebolehan.
(d)Di mana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam harus membuat pertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari masyarakat dan swasta yang menjadi pelanggan mereka. Piagam pelanggan mesti diterima sepenuhnya.
(e)Penjawat awam perlu sentiasa memikirakan hasil dan sumbangan mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikirakan sumbangan hari ini untuk hari ini.
(f)Penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada kejayaan segala usaha, mereka harus sedar bahawa sumbangan sebagai anggota pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu mereka harus mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma lama dan memasuki paradigma baru.

PENUTUP

•MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA MAJU YANG MEMPUNYAI KUALITI HIDUP YANG TINGGI MALAYSIA HARUS MEMPELAJAI KELEMAHAN DAN KEKUATAN YANG BERLAKU DI NEGARA MAJU. •WAWASAN 2020 TIDAK MEMINTA MALAYSIA MENJADI NEGARA BARAT ATAU JEPUN TETAPI SEBUAH NEGARA BARU DAN LEBIH MANTAP DALAM SEMUA ASPEK KEHIDUPAN.

TONGGAK DUA BELAS

Tonggak 12

Teras Perkhidmatan Awam
i) Berazam meninggikan mutu perkhidmatan ii) Bekerja dengan penuh tanggungjawab iii) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri iv) Berkhidmat dgn. penuh muhibbah dan kasih sayang v) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara vi)Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh negara vii) Berpegang teguh kepada ajaran agama
Penghayatan Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam
• Tanggungjawab penting • Berhadapan dengan cabaran • Memerlukan komitmen tinggi • Pengorbanan dan kesabaran • Memerlukan Kekuatan diri • akhlak mulia dan nilai-nilai murni
Nilai-Nilai Murni Dlm. Perkhidmatan
• AMANAH • TANGGUNGJAWAB • IKHLAS • DEDIKASI • SEDERHANA • TEKUN • BERSIH • BERDISIPLIN • BEKERJASAMA • BERBUDI MULIA • BESYUKUR
Penghayatan Nilai-nilai Murni
• Adil dalam perlantikan, pemilihan, penilaian, tatatertib • Amanah dalam menjalankan tugas, tidak cuai, tidak salahguna kuasa • Bertanggungjawab dalam perkhidmatan, hasil kerja yang sempurna, berusaha memperbaiki perkhidmatan
Tonggak 12
• Menghargai Masa • Ketekunan membawa kejayaan • Keseronokan bekerja • Kemuliaan kesederhanaan • Ketinggian peribadi • Kekuatan sifat baik hati • Pengaruh teladan • Kewajipan menjalankan tugas • Kebijaksanaan berkhidmat • Keutamaan bersabar • Peningkatan bakat • Nikmat mencipta
TAFSIRAN TONGGAK 12
1. Merupakan dasar dan pokok kepercayaan dan pegangan kepada sesuatu tindakan oleh pejawat awam. 2. Menjadi amalan kepada semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. 3. Mengamalkan sikap yang baik dan menghindari sikap negatif. 4. Dasar kepercayaan bahawa nilai-nilai penting akan membentuk peribadi dan peribadi menbentuk organisasi. 5. Pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam
Nilai dalam Tonggak 12
1. Menghargai Masa
Falsafah “masa itu emas”. Berlalu masa tanpa sebarang sumbangan berfaedah berarti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Oleh itu gunakan lah masa dengan bijak samada rasmi atau persendirian.
Amalan positif
* Menepati Masa * Menyengerakan Tugas * Mempunyai Perancangan Waktu * Bijak Menguruskan Masa Yang Diberi * Menumpukan Masa kepada Kerja Produktif * Menetapkan Target Date * Menyelesaikan Tugas Dalam Masa Yang Ditetapkan
Amalan negatif
* Berbual-bual Kosong * Tidak Menyenggarakan Tugas * Tidak Merancangkan Pekerjaan * Melayan Tetamu Yang Tidak Berkenaan * Tinggalkan Pejabat Untuk Urusan Peribadi * Berniaga di Waktu Pejabat * Ke Kantin Waktu Bertugas * Tiada Sence Of Urgency * Membuat Kerja Peribadi Di Pejabat *Tidak Peka Kepada Pembaziran Masa
2. Ketekunan Membawa Kejayaan
Bersemangat dan tidak mudah mengalah dalam melaksanakan tugas walaupun banyak rintangan.
Amalan positif
* Gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar. * Rajin dan sentiasa berusaha. * Tekun dalam melaksanakan tugas. * Sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan. * Berdisiplin dalam pekerjaan. * Cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas. * Bersemangat dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diarahkan walaupun menghadapi banyak rintangan. * Bercita-cita tinggi, tidak patah semangat * Sanggup berkorban
Amalan negatif
* Mudah tersinggung * Mudah putus asa * Tidak bercita-cita tinggi * Disuruh buat baru buat * Kurang berdisiplin * Tidak bersemangat * Tiada inisiatif * Suka bertangguh
3. Keseronokan Bekerja
Menggangap sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu adalah sebagai “ibadah” maka akan wujud keseronokan untuk bekerja. Ia merupakan sumbangan kebajikan untuk masyarakat dan negara. Dengan sendirinya kita akan merasa puas kerana sumbangan kecil kita telah berjaya membangunkan negara. Sekiranya kerja kita itu pengkhususan bidang kita maka dengan sendirinya kita menjadi pakar yang diiktiraf.
Amalan positif
-Menggap kerja sebagai ibadah -Mempunyai Inisiatif sendiri -Menghasilkan sesuatu yang berfaedah -Sedia memberi kerjasama
Amalan negatif
-Menganggap kerja sebagai beban -Tidak diberi masa yang cukup -Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar -Tidak dipercayai dan selalu dicurigai -Hanya menunggu arahan sahaja.
4. Kemulian Kesederhanaan
Kesederhanaan hendaklah merangkumi beberapa sudut: A. Percakapan B. Mengeluarkan arahan C. Pergaulan D. Berpakaian E. Kesederhanaan mewujudkan keadaan yang tenang, selesa dan harmoni.
Amalan positif
- Tidak tamakkan pangkat dan kedudukan - Tidak membazir dalam perbelanjaan pejabat - Merendah diri- bersifat pemaaf - Mesra dalam pergaulan - Tidak memperagakan kemewahan - Sedia menerima cadangan dan nasihat – Boleh menerima teguran. - Menepati Janji - Bijaksana dalam membuat pertimbangan.
Amalan negatif
- Menonjol-nonjolkan diri - Berlakuan mengada-ngada - Berlebih-lebihan mengampu ketua - Memperagakan kemewahan dan kedudukan - Sombong dan meninggi diri - Membesarkan perkara kecil
5. Ketinggian Peribadi
Ketinggian peribadi seseorang itu akan dilihat sebagai seorang yang berjiwa besar dan berakhlak tinggi.
i. Pembentukan Peribadi Secara Dalaman Bersikap tenang, belas kasihan, disiplin diri dan pemaaf terhadap kesalahan orang lain.
ii. Pembentukan Peribadi Secara Luaran Peribadi yang bersopan santun dan gaya yang kemas dan bersih.
Amalan positif
- Tertib dan baik budi bicara - Berilmu dan berpengetahuan luas - Berlumba-lumba membuat kebajikan - Bersopan-santun dan sederhana dalam kelakuan - Bekerjasama dan saling hormat-menghormati - Bertanggungjawab dalam menyempurnakan amanah - Bersih dari sifat dengki - Kemas berpakaian - Bertimbangrasa dan tegas - Bersyukur dan menghargai kebaikan
Amalan negatif
- Sombong dan suka menunjuk-nunjuk - Sukar untuk membuat kebajikan - Mengumpat dan memfitnah rakan sejawat - Tamak mengejar pangkat dan kedudukan - Menghina dan merendahkan usaha orang lain - Hasad dengki - Berpura-pura dalam tindakan - Pemarah dan tidak sabar
6. Kekuatan Sifat Baik Hati
Kita merasa senang dan selesa dengan orang yang baikhati. Kita tidak merasa takut apabila bersamanya. Segala sifat yang disukai manusia dihayati oleh orang yang baikhati seperti sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbangrasa, ramah, bersimpati di atas masalah rakan-rakan dan suka menolong.
Amalan positif
- Pemaaf dan berhemah tinggi - Ikhlas dan bertimbang rasa - Simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain - Pemurah dalam usaha kebajikan - Ramah,berbudi mulia - Dan berkerjasama - Boleh menerima teguran - Sedia menerima cadangan - Mudah Mesra
Amalan negatif
- Kasar dan kurang sopan - Berdendam - Bermuka-muka - Mudah buat kritikan tetapi tidak boleh menerima kritikan - Suka hina dan caci orang - Sombong & penting diri sendiri - Cepat menuduh dan menghukum tanpa siasatan
7. Pengaruh Teladan
Pengaruh teladan yang positif boleh mendatangkan hasil atau keuntungan yang baik dan banyak. Seseorang yang baik dapat menpengaruhi orang lain sama ada dari segi kepimpinan, tunjukajar, akhlak, tuturkata dan tingkahlaku yang mendatangkan kebaikan.
Amalan positif:
- Bermoral dan berakhlak tinggi - Tertib dan beradap sepanjang masa - Rajin dan kuat kerja - Amanah dan bertanggungjawab - Berbudi mulia serta merendahkan diri - Gemar dan cintakan ilmu yang bermanafaat - Mengutamakan masyarakat lebih dari diri - Berani mempertahankan kebaikan
Amalan negatif
- Buruk perangai - Jahil dan tidak suka membaca - Dengki dan buruk sangka - Mempersendakan agama - Kedekut - Suka mencari helah untuk mengelak tanggungjawab - Sensitif dan pemarah
8. Kewajipan Menjalankan Tugas
Sesuatu tugas itu mesti dilaksanakan dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna. Sebarang proses yang tidak menepati 4 krifteria tadi maka hasilnya akan menjadi cela, rosak, lambat, tidak berguna, membazir dan seterusnya mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, tenaga manusia, masa dan peralatan. Dengan lain perkataan, sesuatu tugas memerlukan pengurusan yang baik supaya hasil tugas itu mencapai matlamatnya.
Amalan positif
- Sentiasa bertangungjawab terhadap tugas yang diberi - Tekun dan sabar menjalankan tugas - Boleh di harap untuk menyempurnakan tugas - Mementingkan kualiti - Bersikap profesional dan cekap - Cepat,cermat dan berdisiplin - Inisiatif
Amalan negatif
- Tidak boleh diharapkan - Suka bangkang dan berdalih apabila diberi tugas - Tidak bersungguh-sungguh - Tidak peka kepada kualiti - Tidak taat kepada arahan - Selalu buat silap - Tidak ikut peraturan - Suka bertangguh
9.Kebijaksanaan Berhemat(Cermat)
Berhemat bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi perkara-perkara lain seperti masa, bahan, kata-kata dan penggunaan apa sahaja. Sekiaranya bahan atau alat dapat digunakan dalam jangkamasa atau waktu yang lama, maka kuranglah perbelanjaan dan wang lebihan itu dapat diperuntukkan bagi keperluan lain.
Amalan positif
- Berhati-hati apabila berbelanja - Mengadakan sistem kewangan yang berkesan - Tidak membazir harta kerajaan datangnya dari rakyat - Bertanggungjawab keatas setiap perbelanjaan yang dilakukan - Tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan
Amalan negative
-Boros dan suka menbazir -Tidak cermat dengan harta kerajaan -Kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam -Suka berbelanja besar tidak kena pada tempatnya -Bermewah dengan harta kerajaan -Memperaga kehebatan dan kemewahan
10. Keutamaan Kesabaran
Kesabaran ialah sifat yang dipuji oleh semua agama dan diakui kebaikkanya oleh para ilmuan, raja dan pentadbir. Orang yang sabar menerima segala cabaran dengan tenang, memikirkan dengan teratur dan jika timbul masalah ia tidak berputus asa. Semangat ketabahan yang ada kepada seseorang yang sabar itu menunjukkan kewibawaanya dalam menjalankan tugas.
Amalan positif
-Tenang menghadapi masalah rumit -Mempunyai perhitungan jauh -Tahan menerima cabaran -Tidak putus asa -Pemaaf dan berhemah tinggi -Cermat dalam tutur kata
Amalan negatif
-Cepat mengalah -Berpandangan sempit -Tidak tahan menghadapi kesusahan -Tidak sanggup berkorban -Takutkan cabaran -Selalu mengubah pendirian dan keputusan
11. Peningkatan Bakat
Semua manusia mempunyai bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Bakat mendorong ke arah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Bakat dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian, penulisan memang dapat memberikan manafat kepada kehidupan manusia.
Amalan positif - Memberi dorongan terhadap kreativiti - Memberi pengiktirafan kepada usaha- usaha orginal - Mengalakkan pencambahan fikiran - Memberi galakan kepada pemikiran baru - Berani mencuba idea-idea baru - Mengenal dan memupuk bakat yang ada - Menyediakan persekitaran yang dapat melahirkan idea-idea kreatif
Amalan negatif
-Tidak memberi galakan dan menyekat pemikiran baru -Tidak menghargai bakat yang ada -Memperkecilkan usaha orginal -Berpuashati dengan tahap bakat yang ada
12. Nikmat Mencipta
Kepuasan yang amat ketara ialah rasa nikmat apabila dapat mencipta sesuatu yang mana ciptaan itu mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara.
Amalan positif
-Berani mencuba -Sentiasa mencari idea baru dalam menyelesaikan masalah -Gembira melihat wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran -Sentiasa dalam cabaran intelektual -Merasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan dapat dilaksanakan dan dimanafaatkan
Amalan negatif
-Takut menemui kegagalan -Memandang remeh usaha orang lain -Berpuashati dengan kedudukan yang sediada -Pemikiran tidak dinamik -Tidak suka pembaharuan -Tidak sabar dalam penciptaan baru
Rukun Negara
Sejarah Rukun Negara
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Teks
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: -Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya. -Memelihara cara hidup demokratik. -Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama. -Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak.
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan
Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankankeluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

SEMUA RAKYAT PERLU FAHAMI 1MALAYSIA (Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan)

1MALAYSIA (Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan)

1MALAYSIA

1. PENGENALAN

Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun stategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tampa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakniBangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mengcapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih aman, maju selamat dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktup dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di Negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga,jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani olh seluruh dunia.

2. DEFINISI

Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak : “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputra asalkan dasar itu dilaksanakan kepada golongan Bumiputra yang layak mendapatsesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”
2.1. Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut : 2.1.1. Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan peminpin memainkan peranan masing-masing.
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.
Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikian juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama. Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam Negara kita” lrbih menjurus adalah bersangkutan dengan kepimpinan negara. Berenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tampa mengira kaum dan etnik di Malaysia. 2.1.2. Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang terdiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB. Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.

3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:
3.1. 1Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza” “Konsep Malaysiaan Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil kira reality dan sejarah negara Malaysia.
3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal interegrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysiaan Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamaratan hak tampa mengambil kira reality dan sejarah Malaysia.

4. KEDUDUKAN KONSEP 1MALAYSIA

Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU
Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar Negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah keinambungan daripada dasar-dasar yang oleh pemimpin-pimimpin terdahulu. Konsep ini bukanlah
suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta Negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tungku Abdul Rahman Purta Al-Haj. Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.

6. MATLAMAT

1Malaysia bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipepelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. 1Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB. Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

7. HURAIAN

7.1. 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwajudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.
1Malaysia juga akan mewujudkan sesebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
7.2. 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.
7.3. 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
7.4. Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.
7.5 Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan peribadi demi Negara. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
7.6. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat kerajaan yang sewajarnya.
7.7. 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikapkesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina Negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
7.8. Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.
8. PRINSIP TERAS 1MALAYSIA
1Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL


8.1. PRINSIP PENERIMAAN

Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagainya rakan setia.

8.2. PRINSIP KENEGARAAN

8.2.1. Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
8.2.2. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum dinegara ini.
8.2.3. Tun Hussein Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’.
8.2.4. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang, Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

8.3 PRINSIP KEADILAN NASIONAL

8.3.1. Setiap kaum dinegara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.
8.3.2. Melalui konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum yang lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan.

9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

• Budaya kecemerlangan • Ketabahan • Rendah hati • Penerimaan • Kesetiaan • Meritokrasi • Pendidikan • Integriti

9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN

9.1.1 Pengalaman budaya cemerlangan akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.
9.1.2 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.
9.1.3 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan.Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.
9.1.4 Ketepatan pengukuran,jadual penyampaian dan kualiti berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.
9.1.5. Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras.
9.1.6. Negara luar akan mengiktirafkan Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketetapan dalam segala bidang terutama dalam system perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

9.2. KETABAHAN

9.2.1 Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
9.2.2. Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai seduatu matlamat.
9.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu. 9.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan hendaklah memperbaikinya secara positif.
9.2.5. Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.
9.2.6. Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
9.2.7. Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan Negara.

9.3 RENDAH DIRI

9.3.1. Rasa rendah diri adalah suatu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.
9.3.2. Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk malu atau mengalah dengan orang lain.
9.3.3. Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
9.3.4. Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.
9.3.5. Sikap merendah ini perlu bersesuain dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
9.3.6. Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekerasan dan penindasan.

9.4. PENERIMAAN

9.4.1. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.
9.4.2. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua bentuk perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
9.4.3. Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan membina sebuah Negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
9.4.4. Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.
9.4.5. Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.
9.4.6. Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.

9.5 KESETIAAN

9.5.1. Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kapentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
9.5.2. Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
9.5.3. Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.
9.5.4. Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan antara dua pihak.
9.5.5. Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.
9.5.6. Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambing setia kawan.
9.5.7. Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
9.5.8. Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.
9.5.9. Kesetian perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. 9.5.10. Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berdasarkan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.
9.5.11. Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tampa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
9.5.12. Perhubungan yang berasasjan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan .

9.6. MERITOKRASI

9.6.1. Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi criteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.
9.6.2. Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-setet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
9.6.3. Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.
9.6.4. Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. 9.6.5. Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
9.6.6. Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran yang terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.
9.6.7. Prinsip meritokrasi membudayakan mesyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi atau liberalisasi.

9.7 PENDIDIKAN

9.7.1. Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.
9.7.2. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.
9.7.3. Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.
9.7.4. Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernacular.
9.7.5. Semua aliran samaada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mecari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
9.7.6. Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.
9.7.7. Budaya pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan rakyat Malaysia.
9.7. INTEGRITI
9.8.1. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
9.8.2. Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. 9.8.3. Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. 9.8.4. Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna. 9.8.5. Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. 9.8.6. Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan unutk memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. 9.8.7. Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 9.8.8. Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan Negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. 9.8.9. Budaya cemerlang adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.

10. KESIMPULAN

Konsep 1Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati dan sikap saling mempercayai anatara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan Negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia dimana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita dimana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharapkan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep1Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang menpunyai satu hala tuju dan citarasa untuk bersama memajukan negara.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya, semua rakyat Malaysia perlu mandasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

SELAMI TERAS PERKHIDMATAN AWAM

TERAS PERKHIDMATAN AWAM

1 . BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM
2 . BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
3 . BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
4 . BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN
5 . BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA
6 . BEKERJASAMA DALAM MEMBENTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH NEGARA
7 . BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
I) Panduan Perkhidmatan Cemerlang ( 1979)
II) Penggunaan Kad Perakam Waktu
III) Kempen Bersih, Cekap dan Amanah (1982)
IV) Dasar Pandang Ke Timur
V) Peggunaan Tanda Nama
VI) Kepimpinan Melalui Teladan
VII) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam
Dalam Pentadbiran Awam
VIII) Tonggak Dua Belas
X) Citra Karya (Rukun Negara, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, PKPA.)


NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
NILAI-NILAI PERIBADI ASAS

•TAAT SETIA •AMANAH •BERTANGGUNGJAWAB •IKHLAS •DEDIKASI / TEKUN •BERDISIPLIN
NILAI-NILAI ISLAM

AMANAH TANGGUNGJAWAB IKHLAS DEDIKASI SEDERHANA TEKUN BERSIH BERDISIPLIN BEKERJASAMA BERBUDI MULIA BERSYUKUR " PEMIKIRAN,TINDAKAN DAN PERILAKU ANGGOTA-ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM BERASASKAN KEPADA NILAI-NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM"

TONGGAK 12

Jumaat, 28 Disember 2012

senarai jawatan kosong popular 2013


Jawatan Kosong/Kerja Kosong Kerajaan: Malaysia, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Terengganu
Jawatan Kosong/Kerja Kosong Swasta: Tenaga Nasional Berhad (TNB), Malaysia Airlines System (MAS), POS Malaysia Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Suruhanjaya: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Kementerian: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Lembaga: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Lembaga Tabung Haji (LTH), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)